Semua Pengetua
Sekolah-sekolah Menengah, Negeri Johor.
Tuan,
Dimaklumkan bahawa Pengarah Pelajaran Johor telah menetapkan matlamat ”KRA 3 Melahirkan Insan Berkualiti Yang Dapat Memenuhi Keperluan Global” yang terkandung di dalamnya KPI 3.3 iaitu “90% calon SPM 2011 mencapai Gred minimum ‘C’ dalam penilaian 10% Markah Kokurikulum”.
Sehubungan itu, jabatan ini sedang mengumpulkan data berkaitan secara ’online’ menerusi Portal ini (e-Unit Kokurikulum) Sila KLIK butang APLIKASI ONLINE di bahagian atas (kiri) portal ini. kerjasama tuan adalah dipohon untuk mengemukakan data markah kokurikulum (CGPA) semua pelajar Tingkatan Empat 2010 yang berakhir pada 2009 menerusi protal kami seperti dinyatakan di atas. KLIK untuk muat turun surat rasmi, Manual, KRA&KPI Pengarah dan Rajah Kaedah Pengiraan Markah Kokurikulum.
Sekian untuk makluman dan tindakan. Terima kasih.
Berita Ini telah dibaca sebanyak :144170
tqvm… you are welcome.