APLIKASI MENGUMPUL MARKAH KOKURIKULUM 2011 (On-line) KINI DIBUKA

Published on: December 23, 2011
Categories: Uncategorized
Tags: No Tags
Comments: No Comments
Salam sejahtera,
 
Untuk makluman dan tindakan PK Kokurikulum, SMK, SMT, SMS, SMKA, SBP dan SABP Johor,
Markah Penilaian 10% Kokurikulum Sebagai Syarat Kemasukan Ke IPTA Sesi 2012/2013 Bagi Calon-Calon SPM, STPM DAN STAM Tahun 2011 seperti gambar di atas kini telah dibuka di  KLIK http://apps.moe.gov.my/emkoko/ . Aplikasi ini telah dibuka mulai dari 20 Dis. 2011 dan akan ditutup (off-line) pada  31 Jan 2012 jam 23:59.
 
Muat Turun dan baca MANUAL : Pengguna Sekolah pada ruang hadapan aplikasi bagi memudahkan kerja-kerja memasukkan data. Panduan mengenai ID PENGGUNA dan KATA LALUAN juga dinyatakan dengan jelas dalam manual tersebut. Pengendali aplikasi sekolah diingatkan mestilah membuat Kata Laluan yang baru (selepas masukan pertama sahaja), rekodkan (tulis atau dicetak) bagi rujukan dan pengesahan jika terlupa bagi mengelakkan kesulitan.
 
Prinsip penilaian Markah 10% Kokurukulum SPM, STPM dan STAM adalah berdasarkan Buku Panduan Penilaian Kokurikulum Sekolah Menengah, Bahagian Sekolah, KPM 2007 dan dibaca bersamaLampiran 2 : Markah Kokurikulum Perkara Berbangkit 2011 (Versi Terkini 2011). Surat rasmi berkaitan daripada JPNJ akan segera dipanjangkan kepada pihak tuan.
 
Pengurusan sekolah diminta mengemukakan 2 salinan dokumen berikut : i) Cetakan Data 10% daripada Aplikasi  Mengumpul Markah Kokurikulum (online), ii) cetakan Lampiran 2.1 (SPM) dan iii) cetakan Lampiran 2.2 (STPM/STAM).  Hantarkan dokumen tersebut ke PPD masing-masing pada atau sebelum 31 JANUARI 2012. Pastikan semua dokumen tersebut telah ditandatangani oleh Pengetua sekolah. KLIK untuk muat turun dokumen berkaitan untuk rujukan dan tindakan.
 
Kerjasama tuan/puan amat dihargai. Terima kasih.
Berita Ini telah dibaca sebanyak :43146
No Comments - Leave a comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


Welcome , today is Saturday, May 7, 2016

Secured for spam by MLW and Associates, LLP's Super CAPTCHASecured by Super-CAPTCHA © 2009-2010 MLW & Associates, LLP. All rights reserved.