PERTANDINGAN MENULIS ESEI DAN PERTUTURAN BERIRAMA SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-54

Published on: June 21, 2011
Categories: KOAKADEMIK
Tags: No Tags
Comments: No Comments


SPI BIL. 14/2000 : Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah adalah berkaitan. Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang sangat penting bagi membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Generasi muda yang bakal mewarisi negara ini perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan mencapai kemerdekaan dalam erti kata sebenar.

Usaha membina negara sewajarnya menerusi didikan generasi muda supaya mereka mempunyai rasa cinta kepada negara, mengingati-menghargai jasa dan pengorbanan negarawan demi kemerdekaan yang dimiliki ini. Semangat patriotisme yang tinggi perlu disemai dan disuburkan pada jiwa mereka agar mereka menjadi bangsa yang berani, tegas, dan dihormati dan punya komitmen yang tinggi untuk bekorban demi agama, bangsa dan negara.

Sehubungan dengan itu, unit ini akan menjalankan Pertandingan Menulis Esei serta Pertandingan Pertuturan Berirama sempena sambutan Bulan Kemerdekaan kali ini. Semoga pertandingan ini dapat menjadi tambahan kepada aktiviti sedia disamping menjadi medium saluran aspirasi generasi muda di sekolah-sekolah Johor sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-54 ini. Pertandingan ini dihadkan kepada sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Negeri Johor sahaja. KLIK untuk muat turun syarat dan peraturan pertandingan.

Bagi pertandingan Pertuturan Berirama, setiap PPD Johor hanya diwakili oleh satu pasukan sahaja. Setiap pasukan pula terdiri daripada 30-35 murid Tahap Dua termasuk (termasuk konduktur). PPD Johor diberikan mandat bagi mengenalpasti wakil daerah masing-masing untuk ke pertandingan di peringkat negeri yang dijadualkan pada 15 September 2011 di Pasaraya Today’s Mart Seri Alam, Masai, Johor Bahru.

‘SIAPA LAGI KALAU BUKAN KITA’

Berita Ini telah dibaca sebanyak :23895
No Comments - Leave a comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


Welcome , today is Saturday, July 30, 2016

Secured for spam by MLW and Associates, LLP's Super CAPTCHASecured by Super-CAPTCHA © 2009-2010 MLW & Associates, LLP. All rights reserved.