SILA MUAT TURUN : Borang dan Panduan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Tahun 2012
Berita Ini telah dibaca sebanyak :404:: Portal Rasmi Unit Kokurikulum JPN Johor
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SM PERINGKAT KEBANGSAAN 2012
Salam 1Malaysia,
Sekali lagi Johor diberi kepercayaan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM bagi melaksanakan satu pertandingan peringkat kebangsaan. Pada 2 hingga 5 Mei 2012 akan berlangsung Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2012, bertempat di GoodHope Hotel, Skudai dan acara kemuncaknya iaitu pertandingan akhir akan dilangsungkan di dalam Dewan Negeri Johor, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar Johor pada 4 Mei 2012 bermula jam 2.30 petang. Sokonglah kontinjen negeri anda!!!Johor hebat!!
Berita Ini telah dibaca sebanyak :567PETROSAINS SCIENCE SHOW COMPETITION 2012
nor_hamizah@petronas.com.my soraya.hillmee@petronas.com.my
foziwaz@petronas.com.my Berita Ini telah dibaca sebanyak :3207PERTANDINGAN ’F1 TECHNOLOGY CHALLENGE 2012 : PENDAFTARAN MASUK
Lengkapkan Borang Pendaftaran (:TEACHER / STUDENT ENTRY FORM) dengan pengesahan pengetua sekolah. Fakskan borang tersebut ke 03-4024 8495 dan 07-2362 033 serta e-mailkan kepada panelpenilai@yahoo.com.my dengan kadar segera. Borang Pendaftaran yang dilampirkan bersersama surat ini juga boleh dimuat turun di laman sesawang http://www.moekoku.com/v1/?p=1010 .
Untuk makluman tuan, penyertaan satu pasukan adalah terdiri daripada 4 orang murid Tingkatan 4 Aliran Sains/Teknikal berkaitan. Tiada sekatan bilangan pasukan daripada sesebuah sekolah. Penglibat murid dengan unsur RIMUP adalah sangat dihargai. Pautan bahan berkaitan sedang diusahakan… atau nyatakan e-mail add anda dan Nama Sekolah dalam ruang ‘comments’ di atas artikal ini, segera saya panjangkan dokumen berkenaan.
Terima kasih.
Berita Ini telah dibaca sebanyak :2182PENDAFTARAN PENYERTAAN PERTANDINGAN ROBOTIK (NRC) PERINGKAT NEGERI JOHOR 2012

- KPM dengan kerjasama Sasbadi Sdn. Bhd akan meneruskan penganjuran Pertandingan Robotik Kebangsaan pada Tahun 2012 (NRC2012). Pertandingan dijalankan pada Peringkat Negeri Johor (23-24 Jun 2012), Peringkat Kebangsaan (Johor) dan Peringkat Antarabangsa WROr). KPM akan menghantar 50 pasukan ke pertandingan peringkat dunia (WRO2012) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur.. Inilah peluang dan kesempatan keemasan buat semua pelajar dan sekolah.
- Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk menghebah dan menggalakkan penyertaan daripada sekolah-sekolah rendah dan menengah dalam kawasan pentadbiran tuan. Penyertaan dengan melibatkan unsur RIMUP adalah sangat dihargai. Borang Pendaftaran boleh dilengkapkan secara on-line menerusi laman sesawang http://sasbadi.com/competition.php/ dan hendaklah dicetak bagi tujuan pengesahan pentadbiran sekolah dan fakskan kepada pihak Sasbadi menerusi talian fak no. 03-61451199 / 01-61569080. Tarikh tutup pendaftaran pada atau sebelum 30 April 2012. Maklumat berkaitan syarat, peraturan dan format pertandingan juga hendaklah dimuat turun menerusi laman sesawang yang dinyatakan di atas. KLIK untuk muat turun surat JPNJ
PANASONIC Kid Witness News 2012
Buat semua sekolah Bantuan Kerajaan dan Bantuan Modal di Johor.
Program ini adalah anjuran Panasonic (M) dengan kerjasama KPM. Program berupa pertandingan menghasilkan video clips pendek bertema ECOLOGY atau COMMUNICATION menurut kacamata murid 10-17 tahun (SR dan SM). Untuk muat turun terma & syarat serta pendaftaran, sila KLIK www.kwnmalaysia.com. Bagi pasukan yang terpilih, program ini dijalankan di peringkat Kebangsaan dan antarabangsa. Jika berjaya ke Kem KWN (melepasi saringan storyboard) bererti telah capai Penglibatan Peringkat Kebangsaan! Pemilihan berdasarkan merit dan Tiada kouta bagi negeri (JPN).
Hubungi terus pihak urusetia KWN En. Mazlee b. Mokhtar menerusi protal rasmi KWN untuk maklumat lanjut khasnya berkaitan tarikh tutup penyertaan11 APRIL 2012 .
Terima kasih.
Berita Ini telah dibaca sebanyak :2603



